Tuesday, January 8, 2008

SALEEM 1: Penyakit Yang Berpunca Daripada Makhluk Halus

Pengetahuan manusia tentang makhluk halus amat terbatas. Justeru itu, pengetahuan tentang kaitan sesetengah penyakit dengan makhluk ini lagilah terbatas. Sekiranya kita menggunakan ukuran akal semata – mata, atau pemerhatian dan sangkaan – sangkaan rambang, tentulah sukar untuk menyampai kepada hakikat yang dicari kerana akal dan sangkaan bukanlah pengukur sebenar untuk mencari jawapan tersebut.

Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis mafhumnya:
“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh kepada kedua – duanya, kamu tidak akan sesat selama – lamanya, iaitu Al – Qur'an dan al – Hadis.” ( Riwayat Al - Hakim)

Hadis diatas jelas menunjukkan bahawa pembantu kita untuk memahami permasalahan ini adalah dengan merujuk kepada wahyu samada al – Qur'an atau As – Sunnah yang sahih.

Allah Yang Maha Benar berfirman didalam ayat – ayat yang berikut:

1) SURAH FUSSILAT ayat 36 yang bermaksud:

“ Dan jika syaitan mengganggu kamu dengan suatu gangguan maka pohonlah perlindungan dari Allah , sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Didalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan kalau dirujuk kepada kamus Al- Munjid, bermaksud 'ditikam dengan tangan' atau 'tumbuk'. Tafsir Al – Maraaghi dan Al – Qurtubi menyebut maknanya sebagai mendatangkan kerosakan atau kecederaan seseorang.

2) SURAH AL - BAQARAH: 275 yang bermaksud:
“ Mereka tidak berdaya bangun melainkan seperti bangunnya orang yang 'dicederakan' oleh syaitan dari penangannya”.

Dalam kamus Al – Munjid, perkataan 'dicederakan' atau takhabbut bermaksud 'pukulannya yang amat sangat ' atau 'dijatuhkan keatasnya berbagai – bagai kesakitan' atau 'menjadi gila (histeria)' Dalam tafsir Al-Qurtubi pula bermaksud syaitan itu mencekik manusia hingga
menyakitinya.

3) SURAH SAAD, 38:41 yang bermaksud:

“ Dan ingatlah akan hamba kami ayub ketika ia menyeru Tuhannya dengan katanya,
Ya Allah, sesungguhnya saya ini ditimpa oleh syaitan dengan kesusahandan kesenggaraan”.

Dijelaskan dalam kitab Tafsir Al – Maraaghi, 17: 60 – 61, diperjelaskan bahawa Nabi Ayub as mendapat penyakit jasmani yang teruk akibat angkara syaitan. Penyakit itu menyebbakan penderitaan baginda selama 18 tahun. Akhirnya Allah memperkenankan doanya dengan mewahyukan agar menghentakkan kakinya ke bumi, lalu keluar air untuk diminum dan mandi. Setelah berbuat demikian, penyakitnya sembuh.

Kalaulah seorang nabi yang soleh boleh dikenakan oleh syaitan dengan berbagai – bagai kesakitan, maka tentulah manusia biasa lebih mudah disakiti oleh syaitan laknatullah.
-Ustaz Mohd Rasdhan bin Hj Md Yunos Al - Hafiz-
Penasihat Syariah Naqia Corporation
BismiLlah
Muslimin muslimat yang diRahmati Allah,
InshaAllah, bermula minggu ini satu slot tazkirah bersiri bertajuk 'SALEEM' akan dikongsikan oleh Penasihat Syariah Naqia Corporation Sdn Bhd; Ustaz Mohd Rashdan bin Hj Yunus Al-Hafiz.

Slot ini akan membincangkan tajuk - tajuk yang berkaitan Perubatan Islam dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, sebarang perbincangan bolehlah dikongsikan melalui ruangan 'comment' dibawah artikel tersebut.

Semoga kita beroleh manfaat daripadanya.. inshaAllah.

Tuesday, January 1, 2008

SALAM PEMBUKA BICARA

BismiLlah

Assalamu'alaykum WBT kepada para pengunjung blog NAQIA sekalian. Semoga sejahtera dalam Rahmat serta Redha Allahu Ta'aala..

Ahlan wa Sahlan diucapkan dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengunjungi blog kami. Semoga anda beroleh manfaat daripada rangkaian informasi yang kami kongsikan ini...
Sebarang komen atau cadangan, sila hantarkan melalui ruangan ikon 'komen' dibawah artikel yang berkaitan.

Salam ukhuwwah fiLlah daripada warga Naqia Corporation!
Hingga berjumpa lagi. . .

'Suci dan Berbakti'

Allah Ta'ala berfirman, maksudnya:
"Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia,Raja,Yang Maha Suci,Yang Maha Sejahtera,Yang Maha Memelihara,Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuasa,Yang Memiliki Segala Keagungan,Mahasuci Allah dari apa yang mereka Persekutukan"
(Surah Al-Hasyr 56:23)